Sukan

Shahrom Kalam sertai Negeri Sembilan?



Shahrom Kalam ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Kelibat bekas pertahanan negara, Muhammad Shahrom Abdul Kalam semasa majlis menandatangani kontrak pemain tempatan pasukan Negeri Sembilan seakan mengesahkan pemain berasal dari Kuala Lumpur bakal mewakili Juara Piala Malaysia 2011 itu musim hadapan.

Shahrom Kalam bersama Norhafiz Zamani Misbah sewaktu majlis menandatangani kontrak pemain tempatan di pejabat PBNS di Seremban baru-baru ini.

Namun begitu, tiada pengumuman rasmi oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengenai kemasukan Shahrom Kalam berkenaan.

Turut kelihatan, pemain berpengalaman, Shahurain Abu Samah


Sementara itu, dilaporkan, bekas pemain PDRM, Shahuran Abu Samah turut kembali pasukan 
Negeri Sembilan selain pemain sayap Nur Syamie Iszuan Amin.

Majoriti pemain Negeri Sembilan musim lalu dikekalkan namun beberapa pemain telah mengambil keputusan berhijrah ke pasukan lain seperti Ferris Danial ke pasukan Melaka, Aroon Kumar ke pasukan PJ City FC selain Danish Haziq yang dilaporkan akan mewakili UiTM FC musim hadapan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: