Kaki Jersi tampil jersi khas Piala Malaysia 2022 NSFC

schedule
2022-10-24 | 10:20h
update
2022-10-24 | 10:28h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Jersi edisi Piala Malaysia 2022 pasukan Negeri Sembilan keluaran jenama Kaki Jersi.-

Pengeluar pakaian sukan jenama tempatan, Kaki Jersi (KJ) hari ini melancarkan jersi baharu khas Piala Malaysia 2022 buat skuad Negeri Sembilan FC (NSFC)

Menggunakan warna utama iaitu black Cyclone, jersi edisi pemain (players edition) tampil dengan beberapa ciri menarik yang tidak boleh dilepaskan oleh penyokong skuad Jang malah kepada pengumpul jersi.

Ciri-ciri tersebut termasuklah, material KJ Cyclone yang menggunakan fabric tech terbaharu serta emblem (lambang) NSFC yang diperbuat daripada material silicone premium.

Sisi belakang jersi yang turut menampilkan lambang ulang tahun ke-99 penubuhan pasukan Negeri Sembilan pada tahun ini.-Gambar kredit Kaki Jersi.
Advertisement

Juga ditampilkan cutting raglan (potongan raglan) yang terbaharu.

Op, sekejap, jika ada yang tidak faham maksud cutting raglan, ia merupakan lengan yang dicantumkan pada bahagian leher baju melalui potongan dan jahitan serong dari garis leher hingga ke ketiak.

Potongan ini agak sedikit fit berbanding normal cutting.

Berbalik kepada jersi ini, ia merupakan jersi pasukan NSFC ketiga yang dilancarkan oleh KJ selaku penaja pakaian buat pasukan Jang. Tahun ini merupakan musim kedua pasukan NSFC menggunakan jersi dari KJ.

Buat penyokong Negeri Sembilan, lupakan kekecewaan gagal ke saingan Asia, dan tumpukan sokongan pada Piala Malaysia kelak.

Jersi serba mantap ini boleh diperoleh pada harga bermula RM109 di laman web Kaki Jersi. 100 pembeli terawal turut akan menerima 99 Years Hard Box.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
19.03.2026 - 06:15:16
Privacy-Data & cookie usage: