Anwar pilih Tambun, tinggalkan PD

schedule
2022-10-21 | 03:32h
update
2022-10-21 | 03:32h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
ANWAR Ibrahim hadir pada Konvensyen DAP di Ipoh, Perak semalam dan mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun.-FOTO/TWITTER ANWAR IBRAHIM.
Advertisement

Anwar pilih Tambun, tinggalkan PD

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding di Parlimen Tambun di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mendatang.

Ia sekali gus menyaksikan beliau akan meninggalkan Parlimen Port Dickson yang dimenanginya semasa pilihan raya kecil Parlimen itu pada 2018.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengumumkan keputusannya itu semasa berucap pada Konvensyen DAP yang diadakan di Ipoh, Perak, semalam.

Sementara itu, menerusi akaun media sosialnya, Anwar berkata, PH pada PRU15 ini akan bekerja kuat untuk merampas Putrajaya serta Perak.

“Apa khabar Tambun? Alhamdulillah, saya telah mengumumkan sebentar tadi bahawa saya akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 mewakili Harapan.

“Kita akan bekerja kuat dan pastikan Harapan akan menawan Putrajaya sekaligus merampas negeri Perak!,” katanya.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 19:21:03
Privacy-Data & cookie usage: