Harimau Malaya kini ranking 146 dunia

schedule
2022-10-06 | 14:22h
update
2022-10-06 | 14:24h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Harimau Malaya kini ranking 146 dunia

Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia kini di kedudukan 146 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini.

Berkongsikan perkara itu di media sosial, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan, kedudukan tersebut merupakan peningkatan dua anak tangga berbanding sebelum ini.

Sumber grafik dari Facebook FAM

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 146 dunia, berjaya naik dua anak tangga berbanding 148 pada kemas kini terdahulu, 25 Ogos 2022. Kemas kini seterusnya adalah pada 22 Disember depan.

Peningkatan kedudukan itu disumbangkan selepas Harimau Malaya muncul naib johan dalam kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai pada bulan September lalu.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
18.04.2026 - 17:51:31
Privacy-Data & cookie usage: