Bagaimana mahu dapatkan janji temu vaksinasi kanak-kanak? Ini caranya.

schedule
2022-02-03 | 17:56h
update
2022-02-04 | 09:03h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Bagaimana mahu dapatkan janji temu vaksinasi kanak-kanak? Ini caranya.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) telah pun dimulakan secara rasminya semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan, PICKids ini akan dilakukan secara sukarela dan tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak tidak divaksinasi.

Kata beliau, perkara itu bertujuan membina keyakinan ibu bapa kerana Kementerian Kesihatan sedar masih terdapat ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum berdaftar untuk PICKids.

Menyentuh soal pendaftaran untuk PICKids ini, adakah anda tahu bagaimana langkah yang diperlukan? Kami kongsikan grafik langkah-langkah untuk mendapatkan janji temu vaksinasi PICKids melalui MySejahtera.

Advertisement

Grafik ini diperoleh menerusi pautan laman web https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids/semasa/2022/02/langkah-langkah-mendapatkan-janji-temu-vaksinasi-pickids-melalui-mysejahtera

Jika anda sudah bersedia untuk mendaftarkan anak-anak untuk menerima vaksin Covid-19, bolehlah mengikuti langkah-langkah yang disediakan tersebut. Lindung diri, lindung semua.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 18:15:33
Privacy-Data & cookie usage: