Lebih baik Muhyiddin juga bubar Parlimen- Mohamad

schedule
2020-06-25 | 06:35h
update
2020-06-25 | 16:48h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

Lebih baik Muhyiddin juga bubar Parlimen- Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membubarkan Parlimen sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Mohamad berkata, Malaysia kini berada dalam keadaan politik yang sangat tidak stabil dan keadaan ini akan memberi kesan dan mempengaruhi banyak perkara termasuk daripada segi aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu, hanya Kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik, sehubungan itu Muhyiddin perlu melakukan perkara yang sama seperti Singapura tanpa berlengah bagi memastikan kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

https://www.facebook.com/TokMatHasanN9/photos/a.119733254704420/3361782460499467/

“Adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah.

“Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka. Kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan Malaysia sangat bergantung kepada kestabilan politiknya.

“Kestabilan politik akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.

“Keadaan semasa sangat menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara dari kemelesetan ekonomi yang dihadapi waktu ini,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambah Mohamad, segala usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.

Tegasnya lagi, negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan yang jelas bukan sesuatu yang sihat untuk negara.

“Hanya Kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan Malaysia dari segala cabaran besar yang bersifat ‘unprecedented’ yang sedang kita hadapi. Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen.

“Kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain. Apatah lagi pada blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.

“Oleh yang demikian, kembalikanlah kuasa tersebut kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan kehadapan bagi tanahair tercinta,” katanya. – KLIQ NEWS.

Editor

Website:

Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNOAMP
Bantuan khas RM10j kepada pesawah di Pantai TimurAMP
ANWAR Ibrahim menunjukkan senarai barisan jemaah menteri yang dilantik dalam sidang media di Putrajaya, semalam.-Gambar/Facebook Anwar Ibrahim.
Ahmad Zahid, Fadillah diumumkan sebagai TPMAMP
Kerja menaik taraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi akan dilaksanakan dengan kerjasama di antara MBS dan MBI.-Kredit Gambar/MBS
Peruntukan RM1.2j, naik taraf STAR ParoiAMP
Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.-Foto/Bernama
Menanti Kabinet baharu MalaysiaAMP
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis pengumuman calon PKR bagi kerusi Parlimen pada PRU15 yang diadakan di Ampang, semalam.-Facebook/Anwar Ibrahim.
PKR umum 72 calon hadapi PRU15AMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNOAMP
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?AMP
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanah
Wardah Colorfit Cream Blush
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
09.11.2026 - 05:25:14
Privacy-Data & cookie usage: