RM4.3 juta wang zakat TNB diagihkan

schedule
2020-05-23 | 05:46h
update
2020-05-23 | 05:46h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
RM4.3 juta wang zakat TNB diagihkan

Kesempitan hidup lebih 21,000 orang fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim serta golongan B40 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit diringankan menerusi penyerahan bantuan wang zakat Tenaga Nasional Berhad (TNB) oleh warga kerjanya.

Menurut Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman, bantuan berkenaan diagihkan terus oleh warga kerja TNB secara berperingkat sejak awal Ramadan.

Jelasnya, sasaran penerima sumbangan ditumpukan kepada mereka yang tinggal di kawasan berhampiran lokasi operasi TNB di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah.

Wakil TNB Kelantan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat TNB kepada seorang asnaf yang mempunyai anak OKU di Tunjung Kota Bharu. Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang itu adalah satu daripada usaha TNB untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Inisiatif ini melibatkan warga kerja kami turun padang ke segenap pelusuk negeri, menziarahi dan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.

“Menerusi penglibatan warga kerja TNB ini, wang zakat berjumlah RM4.325 juta telah diagihkan sejak awal Ramadan lalu. Pendekatan ini, insya-Allah dapat mengukuhkan amalan sentiasa bersyukur, prihatin dan berkongsi rezeki bersama masyarakat.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebahagian daripada 50 keluarga asnaf di kawasan sekitar Pasir Gudang, Johor Bahru yang menerima bantuan makanan dan keperluan harian daripada wakalah zakat TNB. Pemberian sumbangan ini adalah tanda prihatin TNB bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 sepanjang Ramadan ini.
Advertisement

Menurut Roslan, bantuan zakat yang diagihkan adalah dalam bentuk wang saku dan barangan keperluan harian yang tentunya amat diperlukan kerana kebanyakan penerima hilang punca pendapatan apabila terpaksa berkurung bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Jurutera pengeluaran juga wakil Stesen Janaelektrik Chenderoh, Khairul Azhar bersama anggota kerja stesen menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat TNB berupa makanan dan wang tunai kepada fakir miskin sekitar kawasan Chenderoh pada 14 Mei lalu.

“Semoga usaha murni kami memperoleh keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini. Kami juga berharap, sedikit sebanyak ia dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang dihimpit kesukaran, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri nanti,” tambah Roslan.

Seorang wakil TNB (kiri( menyantuni golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 di Chuah, Negeri Sembilan. TNB turut menyampaikan bantuan daripada wakalah zakat kepada golongan bukan Islam yang layak seperti mereka yang berpendapatan rendah, OKU, warga emas dan golongan B40.

Katanya lagi, selain menyantuni golongan yang terjejas beragama Islam, sebahagian penerima manfaat wakalah turut melibatkan masyarakat bukan Islam yang layak.-KLIQ NEWS

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
28.05.2026 - 18:32:58
Privacy-Data & cookie usage: