So Min berehat daripada Running Man

schedule
2020-04-03 | 13:37h
update
2020-04-06 | 14:10h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
So Min berehat daripada Running Man

Oleh Badrul HM Isa

Oleh Badrul HM Isa

Jeon So Min iaitu salah seorang anggota Running Man dilaporkan berehat daripada pengambaran rancangan popular Korea Selatan itu selama sebulan.

Ia selepas pelakon berusia 33 tahun itu dibawa ke hospital ekoran tahap kesihatan semakin menurun yang berpunca daripada faktor keletihan.

Menurut laporan Sports Chosun, So Min mengalami keletihan kerana bekerja terlalu keras dengan jadual yang padat.

Advertisement

Sementara itu, agensi yang menguruskan So Min, IAM, menyangkal dakwaan bahawa So Min terkena jangkitan virus COVID-19.

“So Min mengambil keputusan untuk berehat selemat terdapat tanda-tanda kepenatan baru-baru ini. Ia tidak mempunyai kaitan dengan COVID-19,” menurut agensi berkenaan.

Difahamkan, So Min telah berjumpa doktor pada 30 Mac lalu dan telah mendapatkan rawatan disebabkan tidak berada dalam tahap fizikal yang baik.

Sementara itu, menurut laporan media Korea, Newsen, So Min telah meminta maaf kepada seluruh tenaga produksi Running Man di atas apa yang telah berlaku.

Produsi Running Man juga telah maklum dengan keadaan kesihatan So Min dan bersetuju untuk So Min berehat sehingga kesihatannya pulih.

Baru-baru ini, seorang lagi anggota Running Man Lee Kwang Soo turut berehat sementara daripada rancangan tersebut selepas cedera dalam kemalangan.

Dia walau bagaimanapun telah kembali menyertai pengambaran rancangan tersebut bersama tujuh anggota yang lain.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 18:55:58
Privacy-Data & cookie usage: