Pendidikan

YTL tawar telefon pintar percuma melalui Inisiatif Belajar Dari Rumah

Oleh MOHD SAIFUL MOHD SAHAK

Yayasan YTL melalui rangkaian YES bakal menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah di peringkat rendah dan menengah melalui Inisiatif Belajar Dari Rumah di seluruh negara.

Pengerusi Yayasan YTL, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping berkata, pemberian telefon pintar itu melibatkan pelajar dan murid sekolah daripada keluarga B40 yang tidak mempunyai telefon pintar atau peranti mudah alih di rumah bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara maya.

Pengerusi Yayasan YTL, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping

“Bagi memastikan telefon pintar tersebut dapat diberikan kepada pelajar dan murid sekolah yang terlibat, Yayasan YTL memohon kerjasama guru-guru untuk membantu menyenaraikan nama pelajar dan murid yang layak di sekolah masing-masing untuk menerima inisiatif ini.

“Guru-guru boleh menamakan pelajar dan murid yang layak ini di laman web www.ytlfoundation.org/learn,”katanya.

Menurut Yeoh, pelajar dan murid sekolah yang berjaya menerima telefon pintar yang akan dilengkapi pelan data 120GB YES 4G secara percuma selama 12 bulan,” katanya.

Sementara itu, Yeoh berkata, Yayasan YTL memahami kesukaran keluarga daripada golongan B40 yang sedang berhadapan dengan penularan wabak Covid-19.

Sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya yang dilaksanakan YTL .

“Kami baru-baru ini, atas dasar tanggungjawab sosial korporat telah membantu seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak. Ibu tunggal ini baharu kehilangan pekerjaan selepas kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”katanya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: