Sains, Teknologi & Alam Sekitar

YTL Communications lancar pakej YES Kasi Up

Syarikat penyedia telekomunikasi terkemuka, YTL Communications baru-baru ini melancarkan pakej baharu ‘YES Kasi Up’ yang bertujuan untuk membantu rakyat negara ini yang memerlukan bantuan tunai.

Pakej YES Kasi Up merupakan program pertama yang menawarkan pulangan wang tunai kepada pengguna yang sekali gus membantu mereka bagi menghadapi saat mencabar ketika ini.

Inisiatif berkenaan menampilkan pelan data paling mampu milik di dalam pasaran telekomunikasi dan menggunakan model rujukan pelanggan sekali gus pengguna YES yang dirujuk akan mendapat ganjaran tunai (referral programme).

Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, pelan YES Kasi Up Prabayar 15 menawarkan tempoh sah selama 30 hari berharga RM15 sebulan untuk penggunaan data 10GB.

Jelasnya, pelan itu menawarkan tiga faktor utama yang menjadikannya pelan terbaik iaitu termurah di dalam pasaran telekomunikasi selain menawarkan jumlah data tertinggi serta tempoh sah paling lama.

“Jika dibandingkan, pelan serupa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain di dalam pasaran hari ini adalah sekitar RM30 sebulan. Bagi pelan YES Kasi Up Pasca Bayar 49 pula, ia menawarkan langganan percuma selama enam bulan pertama bagi kontrak selama dua tahun pada harga RM49 dengan data 100GB.

“Data internet dianggap sebagai satu kemudahan asas, ia sama penting berbanding elektrik dan air,” katanya dalam Majlis Pelancaran pakej baharu Yes Kasi Up di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee (kiri) dan Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong (kanan) menunjukkan isyarat bagus sempena pelancaran pakej baharu Yes Kasi Up di Kuala Lumpur, baru-baru.

Seok Hong berkata, sebagai penyedia kemudahan ini, pihaknya mesti bersikap inklusif sekali gus inisiatif itu mampu melakukan perubahan sebenar dengan menurunkan harga dan bukannya sekadar memberikan data tambahan tetapi tetap mengekalkan harga tinggi.

“Isu paling meruncing bagi rakyat hari ini adalah masalah aliran tunah dan prihatin terhadap keadaan itu, kami menawarkan langganan percuma untuk enam bulan pertama dalam pelan pasca bayar kami.

“Ia juga membolehkan pengguna menggunakan wang berkenaan untuk barang keperluan harian yang penting.
Jelasnya, pelanggan bukan hanya boleh berjimat dengan YES Kasi Up, mereka juga boleh menjana pendapatan dan berkongsi hasil usaha mereka.

“Model program rujukan pelanggan ini sangat mudah dan boleh difahami oleh semua orang.

“Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, tiada modal diperlukan. Hanya rujuk YES kepada rakan serta ahli keluarga dan dapatkan ganjaran tunai,” katanya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: