Young Syefura positif jangkitan Covid-19

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, 32, mengesahkan dirinya turut dijangkiti Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan Young Syefura menerusi media sosialnya hari ini.

“Dukacita dimaklumkan saya dan pegawai saya telah disahkan positif Covid-19 dan seluruh warga kerja Pusat Khidmat DUN Ketari kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Saya bagi pihak Pusat Khidmat DUN Ketari ingin memohon maaf di atas segala segala kesulitan dan saya memohon kepada sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada saya atau mana-mana pegawai saya untuk melakukan ujian Covid-19 dan menjalani kuarantin,” katanya.

Pusat Khidmat Rakyat DUN Ketari juga ditutup.

Tambah beliau, sehubungan itu, Pejabat Pusat Khidmat DUN Ketari akan ditutup pada minggu ini.

“Segala urusan termasuklah penghantaran bantuan Beg Ketariku untuk penduduk di DUN Ketari yang sedang menjalani kuarantin terpaksa kami tangguhkan sementara waktu sehingga kami selesai menjalani kuarantin. Jaga diri Ketariku. Stay safe,” katanya lagi.

Saya bagi pihak Pusat Khidmat DUN Ketari ingin memohon maaf di atas segala segala kesulitan dan saya memohon kepada sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada saya atau mana-mana pegawai saya untuk melakukan ujian Covid-19 dan menjalani kuarantin

Young Syefura Othman

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: