Young Syefura calon PH di Bentong

Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Pahang, Young Syefura Othman dipilih sebagai calon DAP bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Bentong.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook hari ini.

DAP turut mempertaruhkan tiga lagi calon mewakili PH bagi empat kerusi Parlimen di Pahang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang dipilih untuk bertanding di Lipis, bekas ADUN Tras, Chow Yu Hui di Raub dan bekas ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong untuk bertanding di Cameron Highlands.

Pada pilihan raya umum yang lalu, DAP memenangi kerusi Bentong menerusi calonnya, Wong Tack yang menewaskan penyandang dan Presiden MCA pada masa itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari yang diwakili oleh Young Syefura sebelum ini terletak di bawah Parlimen Bentong.

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: