Vaksin Covid-19 tiba 26 Februari

Vaksin Covid-19 Pfizer akan diagihkan secara berperingkat ke negeri-negeri sebelum disuntik kepada penerima selepas ia dijangka tiba di negara pada 26 Februari depan.

Proses pengagihan itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dijangkakan selesai dalam tempoh dua minggu.

Jelas beliau lagi, Kementerian Kesihatan juga telah menerima 3,000 permohonan untuk menjadi sukarelawan dalam kajian Klinikal Fasa 3, vaksin Covid-19 namun pemilihan dan tapisan terpaksa dibuat berdasarkan kelayakan tertentu.

Katanya lagi, jumlah sebenar permohonan adalah lebih ramai namun pihak kementerian mahukan 3,000 sukarelawan dan setakat ini 1,000 sukarelawan sudah disuntik dalam kajian klinikal tersebut.

Noor Hisham berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Terengganu, hari ini. -KLIQ NEWS

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: