Usus bocor punca kematian Nora Anne

Kebocoran usus akibat tidak makan dalam tempoh panjang dan stress berpanjangan merupakan punca kematian remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, hasil bedah siasat pakar patalogi, Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu telah meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya ditemui kelmarin.

Tiada luka lain atau kesan jenayah pada mayat selain kesan calar kecil pada kaki serta tiada kesan dirogol.

Sementara itu, bedah siasat mengambil masa kira-kira 10 jam sejak mula dijalankan pada pukul 11.45 pagi semalam sebelum selesai pada pukul 9.25 malam tadi.

  • Editor

    Related Posts

    Sejarah t-shirt polo

    Sebagai seorang lelaki anda

    Read more

    Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

    Skuad bola sepak kebangsaan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: