SukanBerita Am

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad Gajah Perang mara dengan agregat 3-1

Skuad bola sepak kebangsaan, gagal ke perlawanan akhir kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 selepas dikecewakan oleh juara bertahan Thailand di peringkat separuh akhir.

Kelebihan satu gol yang dibawa dari Kuala Lumpur gagal dipertahankan selepas aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Thammasat, Bangkok menyaksikan skuad Gajah Perang unggul menewaskan Harimau Malaya dengan keputusan 3-0.

Thailand mara ke final dengan agregat 3-1 sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Alexandre Polking itu menempah pertemuan dengan Vietnam bagi perebutan gelaran raja Asia Tenggara pada 13 dan 16 Januari nanti.

Pada perlawanan semalam, Thailand sememangnya menguasai perlawanan dan pantas memperoleh gol pertama pada minit ke-19 menerusi penyerang mereka, Teerasil Dangda yang menanduk masuk hantaran lintang Teerathon Bunmathan.

Gawang Malaysia bolos apabila Thailand menjaringkan gol kedua menerusi Bordin Phala pada minit ke-55 seterusnya gol ketiga pada minit ke-71 menerusi pemain gantian, Adisak Kraisorn.

Walaupun gagal mencipta kejutan, ucapan tahniah harus diberikan kepada seluruh pemain skuad kebangsaan yang telah memberikan saingan kepada pasukan lawan.

Ucapan tahniah juga kepada seluruh penyokong yang telah menjadi ‘ekor’ Harimau Malaya sepanjang beraksi di kejohanan ini.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: