Analisis & Pendapat

Penggiat sepak takraw perlu ikut SOP

Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) mengingatkan kepada semua penggiat sepak takraw khususnya di Negeri Sembilan agar mengikuti ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang telah di tentukan oleh pihak kerajaan dan terus berdisplin dalam membantu memutuskan rantaian Covid-19

Mengamalkan SOP yang telah ditentukan itu memerlukan disiplin yang tinggi seperti melakukan penjarakkan sosial, tidak melakukan sentuhan sesama pemain dan juga tidak melebihi 20 orang yang boleh menjadikan satu perkumpulan yang besar.

PESTANS terpanggil untuk mengulas tentang penahanan lapan orang yang sedang bermain sepak takraw di Sungai Petani pada dua hari lepas.

Kita tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa kerana mereka juga bertindak di atas laporan yg mereka terima daripada orang awam dan mungkin apabila pihak berkuasa tiba, ada berlaku perlanggaran SOP.

Di Negeri Sembilan sejak PKPB diumumkan, kerajaan Negeri Sembilan juga telah membenarkan aktiviti riadah dan bersukan berjalan dengan mengikut SOP yang telah ditentukan.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH – SUMBER GAMBAR NSTP

Dalam perutusan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ada menyatakan, aktiviti riadah dan sukan outdoor yang tidak melebihi 20 orang dan perkumpulan yang besar adalah dibenarkan.

Dalam satu berita sukan yang dilaporkan media elektronik menyatakan, sepak takraw antara sukan yang dibenarkan bersama golf dan badminton.

Baru-baru ini juga, ketika saya berada di satu gelanggang sepak takraw, terdapat dua orang anggota polis hadir bersama dua orang anggota RELA dan mereka bertanyakan tentang aktiviti yang dilakukan.

Mereka melihat SOP yang telah ditentukan dan ia telah dipatuhi.

Sebagai rekod, juga kami telah bertanyakan tentang isu permainan sepak takraw ini ke balai polis berhampiran dan jawapan yang kami perolehi adalah ia boleh dimainkan dengan mengikut SOP.

Kami semua amat menyanjung tinggi barisan hadapan negara seperti pihak berkuasa polis dalam memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Saya juga memohon agar semua penggiat sepak takraw agar menunjukkan disiplin yang tinggi dalam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Permainan sepak takraw dibahagikan kepada dua bahagian pemain yang dihadang dengan jaring yang setiap satu bahagian mengandungi tiga pemain.

Jika kita lihat sebelum ini, mereka akan bersentuhan sesama sendiri ketika ingin melakukan servis atau mendapat mata,oleh itu, dengan SOP yang baharu ini juga mereka tidak lagi bersentuhan.

Pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) juga telah merangka SOP permainan yang akan diguna pakai dalam kejohanan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) akan datang dengan mengikuti SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Saya kira baik juga jika SOP permainan itu untuk pihak PSM edarkan ke setiap negeri melalui persatuan sepak takrw negeri untuk dihebahkan kepada seluruh penggiat sepak takraw di Malaysia.

Kami berharap semua penggiat sepak takraw agar mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan mengikutinya dengan penuh disiplin agar apa yang berlaku di Sungai Petani tidak akan berulang lagi.

Pihak berkuasa seperti polis hanya menjalan kan tugas mereka dan marilah kita bersama sama membantu pihak kerajaaan dalam memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Wan Mohd Husni Abdullah merupakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: