PendidikanTerkini

Tumpu teras ekonomi, perkasa pendidikan negara

Malaysia perlu meneruskan agenda pembaharuan pendidikan tinggi yang melibatkan tadbir urus, persekitaran kawal selia dan persaingan sektor ekonomi serta pembaharuan  dalam usaha menangani wabak Covid-19.

Usaha itu perlu ditangani dengan melalui langkah-langkah kesihatan awam yang efektif dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan dikembalikan ke paras seperti sebelum bermulanya pandemik berkenaan.

Menurut Presiden dan Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing, dasar yang menyokong pertumbuhan negara dalam  sektor kerajaan dan swasta terutama melalui pendidikan  tinggi adalah kaedah yang terbaik bagi membantu negara memulihkan daripada kegawatan ekonomi.

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing

“Malaysia perlu meneruskan langkah-langkah kesihatan awamnya di semua insitusi pengajian tinggi bagi memastikan negara ini bebas daripada pandemik Covid-19 dan menjadi destinasi utama pilihan pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian tinggi.

“Kerajaan dan universiti perlu berganding bahu menunaikan tanggungjawab itu bagi memastikan keupayaan perubatan dan kesihatan awam negara mencapai tahap yang lebih baik dan meyakinkan

“Pada masa sama mengembalikan keyakinan pelabur antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan pasca norma baharu selepas Covid-19 yang memberi sumbangan bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi kepada kekayaan dan pembangunan negara menjelang 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Wing berkata, usaha menjadikan Malaysia setaraf universiti antarabangsa akan tercapai atas peranan warga universiti yang mempergiatkan usaha langkah-langkah awam kesihatannya yang berkesan dalam menangani wabak Covid-19.

“Negara yang dalam tempoh pemulihan ini merupakan pencatur kepada universiti untuk memikirkan bagaimana untuk mewujudkan pembangunan sosial sediakala yang bukan sahaja merangkumi kestabilan sumber alam dan persekitaran, tetapi ekonomi, politik, budaya pembelajaran normal di universiti selepas pasca Covid-19.

“Malaysia apabila bebas daripada pandemik Covid-19 secara berkesan, negara ini mampu menjadi pilihan antara institusi pendidikan tinggi yang menjadi rujukan dan diteladani oleh masyarakat dan industri dalam mencari negara yang terbaik daripada aspek pembelajaran, penyelidikan dan impak yang diberikan untuk kesejahteraan diri,” katanya.

Untuk itu, jelas Kok Wing, kecemerlangan Malaysia dalam pendidikan tinggi perlu diteruskan dengan penampilan hasil langkah-langkah awamnya kesihatannya yang berimpak global yang diterima oleh masyarakat dan negara. Setiap komponen langkah-langkah awam kesihatan itu perlu digerakkan secara terancang dan berwawasan.

Kok Wing berkata, organisasi seumpama Universiti Limkokwing telah berupaya melonjakkan kecemerlangan potensi warganya dan juga negara walaupun berdepan Covid-19 dengan belajar daripada isu tersebut termasuk menganalisis permasalahan yang timbul serta kesannya berpandukan tradisi pembelajaran  cemerlang.

“Pensyarah atau pentadbir universiti untuk menjadi contoh atau role model yang diteladani oleh masyarakat dan membimbing mereka kepada peningkatan kualiti hidup cemerlang.

“Universiti harus memberikan panduan dan pedoman yang berguna berhubung isu menangani pandemik Covid-19 dan akhirnya negara kembali kepada normal biasa dan dalam melaksanakan aktiviti harian sedia kala,” katanya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: