Agama Islam

Tidak wajar tukar wajah kepada jantina berbeza

Tidak wajar tukar wajah jantina berbeza

Tindakan menukar wajah kepada jantina berbeza menerusi aplikasi di telefon pintar seperti yang ‘trending’ ketika ini merupakan sesuatu tindakan tidak wajar yang dilakukan khususnya oleh umat Islam dan sebaiknya dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan, walaupun manusia telah mencapai kemajuan dengan teknologi serba canggih, merubah ciptaan Allah walaupun bukan secara langsung tetap disifatkannya sebagai tindakan yang tidak baik.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ujarnya, tindakan itu antara lain boleh menjatuhkan maruah serta mewujudkan manipulasi dalam keadaan tidak benar terhadap ciptaan Allah.

“Sebab itu, jika kita lihat, setiap manusia yang hidup mempunyai nama masing-masing untuk membezakan antara satu sama lain termasuklah dari segi jantinanya.

“Apabila wajah ditukar apatah lagi lelaki diwanitakan atau sebaliknya, konsep yang sepatutnya yang mana kita kenal identiti manusia itu akan berubah,” katanya seperti dilaporkan portal Harian Metro hari ini.

Ketika ini, satu aplikasi di telefon yang membolehkan penggunanya menukar wajah termasuk kepada jantina yang berlainan kembali ‘trending’ di media sosial.-KLIQ NEWS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: