Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu.
Itu yang berlaku kepada seorang pemuda di Maryland, Amerika Syarikat (AS) apabila telefon pintar miliknya yang hilang sejak lebih setahun yang lalu dijumpai semula baru-baru ini.
Bezanya, ini bukan jumpa yang biasa-biasa tau kerana telefon pintar model iPhone XR milik Preston Shapiro itu ditemukan secara tidak sengaja oleh seorang kanak-kanak perempuan yang sedang memancing selepas tenggelam di dasar Sungai Severn di Maryland.
Menurut portal NBC-2, ketika kejadian, kanak-kanak itu, Reagan Votaw, 6, begitu gembira kerana menyangka akan menaikkan seekor ikan selepas pertama kali memancing di sungai berkenaan bersama keluarganya.
Bagaimanapun, selepas menyedari ‘ikan’ tersebut sebenarnya sebuah telefon pintar, ibunya, Emily cepat-cepat mengambil telefon terbabit sebelum membawanya pulang untuk dikeringkan.
Difahamkan, telefon Shapiro itu terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika dia sedang berkayak hampir setahun yang lalu.
Untungnya Shapiro ialah, ketika terjatuh, telefon tersebut dibalut dengan plastik kalis air.
Jadi, tidak terlalu hairanlah sekiranya telefon itu masih berfungi walaupun setahun terperosok di dasar sungai yang dianggarkan berkeluasan hampir 23 kilometer persegi itu.
Dalam pada itu, Shapiro tidak menyangka akan menjumpai telefon kesayangannya itu semula.
“Apa yang lebih mengejutkan saya, telefon itu masih berfungsi dengan baik seperti telefon baharu,” katanya yang sedang berkira-kira untuk membeli telefon baru dengan wang simpanannya.
Untung kan?
Link video tersebut di sini : https://www.whec.com/news/little-angler-hooks-long-lost-cell-phone/5785813/