Terjatuh dalam perigi: Rayan dilapor masih hidup

Media di Maghribi yang memetik kenyataan seorang pegawai dalam pasukan penyelamat memberitahu, bahawa kanak-kanak berusia lima tahun, Rayan yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di sebuah kampung di Wilayah Chefchaouen, Maghribi masih hidup.

Untuk hari kelima berturut-turut, pasukan penyelamat terus berusaha menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Usaha menyelamat tertangguh hari ini berikutan keadaan tanah di kawasan itu iaitu campuran pasir dan batu berada dalam keadaan tidak stabil.

Rayan dilaporkan mengalami kecederaan di kepala.

Dilaporkan hanya dua meter sahaja lagi yang memisahkan pasukan penyelamat untuk kanak-kanak itu.

Minggu lalu, Rayan yang berusia lima tahun jatuh ke dalam perigi sepanjang 62 meter, di Kampung Agran di Wilayah Chefchaouen yang terletak di utara Maghribi.

Kesukaran operasi menyelamat berlaku kerana keadaan perigi yang sangat sempit dan jentera berat telah dihantar untuk menggali lubang di sebelahnya.

Berikutan keadaan perigi yang sempit, jentera penggali telah dihantar untuk menggali lubang di sebelahnya

Rayan dikatakan tersangkut pada kedalaman 35 meter di dalam perigi itu dan dilaporkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kepala.

Operasi menyelamat masih diteruskan.

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: