Tempoh rayuan permohonan BPN dilanjutkan

Tempoh rayuan kepada permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak diluluskan, dilanjut sehingga 31 Mei depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan berkenaan setelah mengambil kira semua perkara termasuk rungutan daripada orang ramai antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap.

“Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

“Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar, jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.

“Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini. YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian sewaktu berucap dalam perutusan khas yang disiarkan pukul 2 petang tadi..

Sehubungan itu, jelas Perdana Menteri, para pemohon yang permohonan mereka tidak diluluskan, boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula esok.

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa, 12 Mei 2020.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya lagi. – KLIQ NEWS.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: