Tawakal daripada semut

Ada kisah di antara Nabi Sulaiman dan seekor semut yang boleh kita pelajari tentang tawakal.

Ceritanya begini, Nabi Sulaiman bertanyakan kepada semut itu tentang berapa banyak makanan yang ia perlukan untuk hidup dalam setahun.

Semut itu menjawab, hanya sebiji butir gandum sahaja yang diperlukannya.

Lalu, Nabi Sulaiman memasukkan semut itu ke dalam satu botol dengan diletakkan gula sebesar sebutir gandum, mulut botol itu kemudian ditutup.

Cukup setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman, namun anehnya hanya separuh sahaja gula itu dimakan oleh semut berkenaan.

Bertanya oleh Nabi Sulaiman, mengapa hanya separuh gula itu dimakan, sedangkan semut itu pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum.

Semut itu menjelaskan, jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya kepada Allah, dan yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya,oleh itu dia tidak perlu risau.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia, ia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia.

Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun, apa akan terjadi?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding jaminan manusia ketika berada di dalam botol.

Untuk menghadapi kemungkinan itu, semut hanya memakan separuh sahaja daripada apa yang diperlukan, supaya sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia masih boleh bertahan.

Inilah sifat tawakal yang boleh dipelajari daripada kisah semut tersebut, jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki, sebaliknya, bergantunglah kepada Allah.

Sumber daripada buku Di Mana Dia Dihatiku, tulisan Pahrol Mohd Juoi.

  • Editor

    Related Posts

    Sejarah t-shirt polo

    Sebagai seorang lelaki anda

    Read more

    Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

    Skuad bola sepak kebangsaan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: