Antarabangsa

Di sebalik riben ‘puzzle’ autisme

Tahukah anda, Hari Kesedaran Autisme Sedunia telah disambut pada setiap 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

Austisme ataupun Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial, tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.

Hasil kajian mendapati, dianggarkan satu daripada 68 orang kanak-kanak adalah autisme. Penghidapnya juga boleh dikenal pasti seawal 18 bulan.

Dalam setiap poster mengenai Hari Kesedaran Autisme Sedunia ini, selalu ditampilkan corak reben puzzle pelbagai warna dan bentuk bukan.

Grafik poster ucapan Hari Kesedaran Autisme Sedunia oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jadi apa maksud disebaliknya? Simbol asal puzzle untuk Autisme sebenarnya telah dicipta oleh Gerald Gasson pada tahun 1963, dia merupakan ahli lembaga kepada Persatuan Autistik Nasional.

Persatuan tersebut percaya, mereka yang menghidap autisme menderita dengan “puzzling condition”.

Corak puzzle autisme yang dicipta oleh Gerald Gasson.

Jadi, mereka mengambil corak puzzle dengan gambar anak kecil menangis yang bermaksud bagi mereka autisme merupakan satu tragedi anak-anak yang menderita.

Pada tahun 1999, riben puzzle telah diterima sebagai tanda universal kesedaran mengenai autisme. Riben puzzle ini telah dicipta oleh Autisme Society of America.

Menurut laman web autisme-society.org, corak riben puzzle itu mencerminkan kerumitan spektrum autisme.

Warna dan bentuk yang berbeza mewakili kepelbagaian orang dan keluarga mereka yang menghidapnya.

Kecerahan warna riben tersebut pula adalah sebagai isyarat dan harapan iaitu melalui peningkatan kesedaran autisme ini termasuk intervensi awal dan sokongan, individu yang mempunyai autisme dapat menjalani kehidupan dan dapat berinteraksi dengan dunia dengan cara mereka sendiri.

Kembali semula kepada Hari Kesedaran Autisme Sedunia, ia diraikan di peringkat global setiap tahun, termasuk di Malaysia.

Sebagai tanda sokongan dan memperingati hari tersebut, bangunan-bangunan pencakar langit, dan lokasi yang menjadi mercu tanda sesuatu tempat kebiasannya akan menyalakan lampu berwarna biru.

Tahun ini, tema Hari Kesedaran Autisme Sedunia adalah “The Transition of Adulthood”.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: