Operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, Selangor diteruskan hari ini.
Ia bagi mencari baki 12 lagi mangsa kejadian yang masih lagi hilang selepas 21 orang disahkan meninggal dunia daripada 94 orang keseluruhan mangsa.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka bantuan permulaan segera RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden yang melibatkan tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm itu.
Beliau memaklumkan, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 pula akan diberikan kepada ketua isi rumah bagi mangsa yang tidak melibatkan kematian.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 2.24 pagi semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi kenyataan