Berita Am

Taman Eko Rimba, Taman Negeri kembali dibuka di Negeri Sembilan

Berita baik untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti pendakian gunung dan bukit yang terkenal di Negeri Sembilan.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Sembilan kembali dibuka kepada orang ramai sejak 15 Jun lalu.

Namun begitu, sebarang aktiviti yang dibenarkan masih tertakluk dan mematuhi tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menerusi kenyataan media hari ini memberitahu, beberapa lokasi Taman Eko Rimba dan Taman Negeri telah kembali dibuka, antaranya ialah;

Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Taman Eko Rimba Jeram Toi, Taman Eko Rimba Jeram Tengkek, Taman Eko Rimba Serting Ulu, Taman Eko Rimba De Bana, Taman Eko Rimba Lenggeng.

Taman Eko Rimba Ulu Bendul antara lokasi yang telah dibuka semula untuk pengunjung.

Taman Eko Rimba Pasir Panjang, Taman Eko Rimba Gunung Tampin, Taman Eko Rimba Gunung Datuk, Taman Eko Rimba Gunung Angsi, Taman Eko Rimba Gunung Berembun, Taman Negeri Kenaboi dan Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala.

Taman Eko Rimba Batu Maloi walau bagaimanapun masih lagi ditutup.

Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ialah junge trekking, memerhati burung dan pengambaran video, mendaki gunung dan bukit, berkelah dan beriadah, lawatan galeri, pendidikan dan penyelidikan, perkhemahan (tidak bermalam) serta jelajah gua.

Aktiviti mendaki Gunung Datuk turut dibenarkan.

Manakala aktiviti yang dilarang pula ialah, aktiviti air seperti mandi manda di kolam awam, serta aktiviti rekreasi bersentuhan badan.

Aktiviti tali seperti abseiling dan wall climbing juga tidak dibernarkan selain aktiviti rekreasi sukan lasak seperti motocross ATV dan rock climbing.

Penganjuran program seperti kem motivasi dan majlis keramaian juga tidak dibenarkan.

Bagi memastikan pematuhan SOP MKN, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turut menyediakan garis panduan umum bagi pengunjung.

Garis panduan tersebut tersebut adalah seperti pengunjung perlu menjalani saringan suhu badan, mendaftar aplikasi MySejahtera, mengimbas QR Code MySejahtera atau mengisi maklumat peribadi di kaunter.

Dinasihat memakai pelitup muka, mencuci tangan, penjarakan sosial, tidak bermalam, kebenaran penggunaan surau dengan membawa sendiri keperluan solat serta pengunjung membawa keluar sendiri sampah sarap masing-masing.-KLIQ NEWS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: