Sun Bird, watak Marvel dari Malaysia bersama keris

Oleh FADZIL ZAINOL

Superhero dari Malaysia, Sun Bird, yang dihasilkan oleh pengeluar komik Amerika Syarikat, Marvel kini menjadi antara watak yang boleh dimainkan dalam permainan video telefon pintar.

Ia terdapat dalam video game ‘Marvel Future Fight’ yang turut menampilkan superhero popular seperti Iron Man, Spider-Man, Thor, Black Panther, Captain America dan beberapa lagi.
Berdasarkan maklumat mengenai Sun Bird yang disediakan, watak itu adalah seorang lanun (pahlawan?) sekitar tahun 1600-an (kononnya sewaktu penjajah Eropah berada di Selat Melaka)…yang dilahirkan semula sebagai adiwira moden, yang diperkasakan bersama keris azimat.
Mengikut maklumat yang diberikan lagi, Sun Bird berketinggian 187cm dan berat 84kg, lebih tinggi berbanding ketinggian purata rakyat Malaysia.

Sun Bird mula diperkenalkan sejak pertengahan 2019, namun kehadirannya di dalam permainan video menjadi antara usaha paling terbaik setakat ini untuk mendekatkan watak itu dengan rakyat Malaysia, khasnya.
Malah dilaporkan, penghasilan watak itu turut mendapat sentuhan dan buah fikiran anak Malaysia, Danny Koo.
Permainan video ‘Marvel Future Fight’ dihasilkan oleh syarikat dari Korea Selatan, Netmarble yang mendapat kebenaran Marvel.
Game tersebut menjadi antara game Marvel yang dilihat gigih memperkenalkan watak-watak dari Asia terutamanya dari Korea Selatan.

Luna Snow, superhero wanita mewakili Korea Selatan
Diharapkan watak ini dapat dikembangkan dan mempunyai komik yang tersendiri iaitu KPI sama ada Marvel serius terhadap adiwira ini atau tidak.-KLIK News

  • Editor

    Related Posts

    Neelofa akhirnya dedah wajah Muhammad Bilal

    Mungkin enggan kontroversi melibatkan

    Read more

    Muhammad Bilal permata hati sulung Neelofa, Haris

    Pelakon, pengacara dan usahawan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: