Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Suhaimi Sulaiman dilantik sebagai Profesor Adjung, Pusat Kajian Media & Komunikasi (Mention), Fakulti Sains dan Sosial & Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pelantikan berkuat kuasa sehingga 2023 tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan di akaun Facebook FSSK hari ini.
Seluruh warga FSSK mengucapkan tahniah kepada barisan kepakaran berikut atas lantikan sebagai Profesor Adjung di FSSK.
Turut dilantik ialah TYT Ban Ki-Moon sebagai Profesor Adjung di Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA); Dato’ Seri Wong Chun Wai sebagai Profesor Adjung di Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PKBL) serta Dato’ Lee Mok Foong sebagai Prof. Adjung di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS).
“Semoga pelantikan ini dapat meningkatkan imej dan kepakaran di FSSK,” kata kenyataan itu lagi.
Suhaimi memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank korporat dan runcit di Bank of Commerce Berhad pada tahun 1987.
Pada tahun 1990, beliau menyertai saluran televisyen Malaysia, TV3 sebagai seorang wartawan dan penolong penerbit. Beliau mula menjadi penyampai berita TV3 pada tahun 1993.
Jawatan terakhirnya di TV3 ialah Pengurus Pembangunan dan Penciptaan Kandungan, beliau meninggalkan TV3 pada awal tahun 2003.
Beliau kemudian enubuhkan syarikatnya sendiri Suhaimi Sulaiman Omnimedia Pte Ltd dan Suhaimi Sulaiman Communications yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan perhubungan awam editorial dan kandungan nasihat kepada pelbagai organisasi.
Pada tahun 2007, beliau menyertai satu usaha permulaan untuk melancarkan saluran berita 24 jam pertama Malaysia iaitu Astro Awani.
Meninggalkan Astro Awani pada Mac 2015, Suhaimi kemudian memberi tumpuan kepada perundingan & latihan media, komunikasi & kandungan, membina kuasa media dan jenama fesyen baru, Su & Ash.
Pada April 2015, beliau telah dilantik oleh Astro untuk menyediakan latihan media untuk pasukan komunikasi Astro dan ketua saluran.
Suhaimi Sulaiman kemudian telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 1 Februari 2020.
Pada Ogos 2020, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Open melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group.