Berita Am

Sugu Pavithra, kenapa ramai suka videonya di Youtube?

Tiba-tiba sahaja nama Sugu Pavithra jadi sebutan, seorang suri rumah berketurunan India dari Sungai Siput, Perak.

Videonya di Youtube telah menjadi bualan dan menjadi tontonan ramai.

Sejak membuka akaun Youtube pada 28 Januari lalu, channel Youtube Sugu Pavithra kini sudah ada 124,000 subscriber! ia hanya selepas tiga bulan.

Jika dilihat, video yang di ‘upload’ itu hanya mengenai makanan yang dia masak, kebun di belakang rumah serta aktivitinya bersama keluarga.

Jadi, mengapa video yang dimuat naik olehnya cepat mendapat sambutan?

Video pertama Sugu Pavithra yang bertajuk ‘Bakar ikan TALAPIA cara mudah dan sedap” setakat ini telah mencatat 55,000 tontonan.

https://www.youtube.com/watch?v=fTVM6cDBRwM

“Suami masak Terung bulat tumis belacan” merupakan tajuk videonya yang paling mendapat sambutan iaitu sebanyak 493,000 tontonan setakat ini.

https://www.youtube.com/watch?v=eRJ3Z4hh21s

Kesemua videonya itu dihasilkan hanya mengunakan ‘handphone’ tanpa kaedah suntingan yang hebat.

Apa yang buat videonya menarik dan ramai yang suka menontonnya?

Hasil pemerhatian daripada komen warganet di media-media sosial dan termasuk komen di channel Youtube Sugu Pavithra, ramai mengakui penggunaan Bahasa Melayu yang baik dalam keseluruhan videonya telah menarik minat ramai.

Selain itu, gayanya yang lembut ketika bercakap serta merendah diri membuatkan videonya mudah diterima dan ditonton.

“Berbahasa Melayu dengan baik, sopan, lemah lembut, penerangan resipi degan lancar, kelihatan sedap makanannya, bersih sekelilingnya..paling best tengok, kuali dia berkilat-kilat!, memang role model yang terbaik

menurut pengguna Facebook, Nabihah Zarisma.

“Fasih berbahasa kebangsaan dan berbudi bahasa. Kita tak rasa dengki atau sakit hati, malahan rasa bangga,

pengguna Facebook, Lanrbj Megat.

Bagi seorang pengguna Facebook, Muhd Firdhaus pula, dia suka dengan gaya penyampaian yang ditampilkan Sugu Pavithra.

“Tersengih-sengih tengok video Puan Sugu Pavithra ni. Sempoi je. Apa yang ada, itu yang dia guna.

“Suka tengok gaya penyampaian konten dia yang original, tak berlebih-lebihan. Cukup-cukup rasa,” katanya.

Pengguna Facebook, Muhd Firdaus.

“Saya tak kenal puan langsung sebelum ni, tapi bila baca komen dan tengok video. Saya dah subscribe.

Suka cara puan bercakap, lembut dan rendah diri, ini menunjukkan sifat sebenar orang Malaysia. Selamat berjaya,

Pengguna Youtube, Daud Musa

Sementara itu, hasil daripada videoNya yang mendapat sambutan, Sugu Pavithra telah memperoleh ‘gaji’ menerusi iklan Google Adsense.

“Kami telah dapat surat daripada Google Adsense iaitu mulai lepas ni kami akan dapat gaji daripada Youtube, peraturan dia kita kena capai 100 dollar baru kita dapat gaji.

“Jadi kami dah capai 100 dollar, terima kasih kepada anda semua, yang sokong kami dan setia menunggu video kami dan menerima kami, kalau ada apa-apa kesalahan daripada video kami, anda tetap menerima kami, terima kasih saya ucapkan,” kata Sugu Pavithra menerusi videonya bertajuk “Pertama kali dapat surat & minta maaf”.

https://www.youtube.com/watch?v=Nhl53ItO8yo

Anda boleh tonton video-video lain Sugu Pavithra dengan klik di link ini. https://www.youtube.com/channel/UC7mNwREuYU-Bc8glCdFwQ_A/feed. Jangan lupa subscribe dan tonton tau, sokong la sikit.-KLIQ NEWS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: