‘SOS’ buat bola sepak MALAYSIA

100 tahun dahulu masyarakat di negara ini mula mengenali bola sepak secara rasminya apabila pasukan kebangsaan ditubuhkan pada 1920 dan tanpa kita sedar sukan berkenaan menjadi sumber menyatukan pelbagai lapisan rakyat.

Bukan sahaja di Malaysia tetapi satu dunia turut menyebut perkataan sama ‘Gol’.

Sorakan, debaran, suka, duka, ‘burger stadium’ dan kini semuanya mula dirindui peminat bola sepak selepas hampir lima bulan stadium kosong.

Pendemik Covid-19 yang menghantui dunia ketika ini telah menjejaskan ekonomi malah industri sukan turut terjejas terutama bola sepak.

Jika sebelum ini, kita sering bercakap bola sepak negara kian malap kerana kekurangan pemain hebat..bla..bla..bla, tetapi kini realitinya bola sepak sedang tenat.

Difahamkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku pengerak saingan liga domestik paling terjejas selepas saingan liga terpaksa ditangguhkan.

Situasi panik juga melanda kebanyakan pengurusan tertinggi pasukan Liga M berikutan pening memikirkan isu kewangan yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

Penularan pandemik Covid-19 turut menjejaskan penganjuran Liga Malaysia- Foto kredit BERNAMA.

Ada juga pasukan-pasukan yang kini sudah mula memikirkan untuk berundur dalam saingan liga andai terus buntu menyelesaikan isu kewangan.

Meskipun saingan Liga M bakal bermula tidak lama lagi, ia masih belum dapat membantu memulihkan industri bola sepak di negara ini.

Gaji pemain dan pegawai pasukan dalam saingan Liga M yang dipotong kerana mahu mengurangkan kos pasukan sedikit sebanyak akan memberi kesan ke atas moral individu. Bila moral dan mental terganggu fokus serta kualiti juga menurun.

Bagi memastikan bola sepak masih mampu bernafas maka Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin wajar menimbangkan cadangan mewujudkan satu ‘Jawatankuasa Pemulihan’ dengan fokus kepada sumber kewangan pasukan Liga M.

Penyertaan Majlis Sukan Negara selaku ‘Bank’ buat semua persatuan sukan kebangsaan dalam jawatankuasa berkenaan amat digalakkan.

Kepada FAM selamat berjuang menempuh cabaran besar! – Oleh Ahlong Mantin (Budak Cina minat sukan)

Editor

Related Posts

“Seorang pergi, empat yang datang tau”

Selepas kehilangan penjaga gol

Read more

Perak FC kembali bersama Hadi Fayyadh dan jersi pink

Pink atau merah jambu

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: