SK Kempadang disenarai 10 sekolah terbaik dunia kategori inovasi

Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang, Kuantan, Pahang mengharumkan nama negara selepas disenarai pendek dalam 10 teratas bagi kategori Inovasi sempena Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

T4 Education dalam kenyataan memaklumkan anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu bakal menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai AS$250,000.

SK Kempadang disenarai pendek atas usaha dan kejayaan sekolah itu membangunkan alat inovasi pendigitalan, Smart Zoom.

Alat itu berfungsi melestari kemajuan murid-murid melalui pentaksiran berasaskan sekolah yang diadakan pembelajaran secara maya semasa pandemik Covid-19 melanda negara.

Murid-murid sekolah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dari perkampungan nelayan itu berjaya meletakkan Smart Zoom yang dibangunkan itu dengan inovasi penceritaan kisah-kisah inspirasi kejayaan sekolah.

SK Kempadang yang terletak di Kuantan, Pahang.

Ia menerusi membudayakan inovasi gaya hidup pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang turut melibatkan komuniti setempat.

Kata kenyataan itu lagi, kini para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini khususnya kejayaan SK Kempadang membawa inspirasi kejayaan anak-anak Malaysia di pentas dunia.

Bagi memastikan kejayaan ini milik SK Kempadang, orang ramai boleh mengundi di pautan https://worldsbestschool.us.launchpad6.com/2022/entry/818 KLIQ NEWS

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: