Ekonomi

Shoraka DV kembang perniagaan teknologi kewangan ke Indonesia

Syarikat teknologi digital yang memfokuskan pada teknologi kewangan (Fintech), Shoraka Digital Ventures (Shoraka DV) telah mengembangkan perniagaannya ke Indonesia hasil bekerjasama dengan PT Kennlines Capital Indonesia (Kennlines).

Ia menerusi perjanjian kerjasama di antara kedua-dua pihak yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi Kennlines Capital, Mirza Whibowo Soenarto, Pengasas Bersama Kumpulan Shoraka, Mohd Hasnul Ismar Mohd Ismail dan Wan Ahmad Nazim Mohamed Noor bersama Pengarah Urusan Shoraka DV, Johar Amat.

Mohd Hasnul berkata, pihaknya pernah bekerjasama dengan Kennlines menerusi dalam beberapa asepk perniagaan sebelum ini.

“Penyelesaian fintech unik yang ditawarkan oleh Shoraka DV dan rangkaian tempatan yang kukuh melalui Kennlines, kami berhasrat untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk membuka peluang
pasaran di Indonesia.

“Shoraka DV merancang untuk membawa beberapa produk ke pasaran Indonesia iaitu Platform Re-Rahnu (Platform Shoraka Suyula), Platform Pemfaktoran Invois (Shoraka QuickFactor) dan Platform
Dagangan Komoditi Tawarruq (Shoraka Al-Amin) tertakluk kepada kelulusan domestik yang diperlukan,” katanya.

Johar pula berkata, Shoraka DV akan menjalinkan bekerjasama ini untuk membawa penyelesaian yang kami tawarkan ke pasaran Indonesia.

“Kami mungkin mengubah suai penyelesaian produk itu agar sesuai dengan pasaran tempatan. Kami akan menambah baik sistem kami mengikut keperluan rakan kongsi tempatan kami dan pasaran tempatan di Indonesia.

“Kami di Shoraka DV sentiasa berusaha untuk memperbaharui lebih banyak penyelesaian digital melangkaui fintech dan ingin menjalin lebih banyak perkongsian strategik seperti ini di beberapa negara lain di seluruh dunia dengan menggunakan penyelesaian digital kami. Wilayah lain yang berada dalam radar kami ialah Timur Tengah, insya-Allah,” katanya.

Perkongsian kedua-kedua pihak itu menandakan usahasama niaga antarabangsa pertama oleh Shoraka DV yang akan memudahkan penawaran penyelesaian teknologi kewangan tempatan yang dibangunkan kepada pasaran serantau.

Shoraka DV ialah cabang teknologi digital Kumpulan Shoraka, yang diasaskan di Dubai, UAE oleh sekumpulan profesional dengan tumpuan perniagaan pada nasihat kewangan di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Sejak penubuhannya, kumpulan itu telah mengembangkan aktiviti perniagaannya ke dalam pembinaan, hartanah, teknologi digital, pendidikan dan industri tenaga.

Kennlines ialah syarikat pemegangan pelaburan Indonesia yang memfokuskan pada infrastruktur, perusahaan, digital dan perkhidmatan nasihat.

Ia telah mentakrifkan portfolionya dalam aspek menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Perkongsian strategik ini menunjukkan dedikasi Shoraka DV ke arah membina kepakarannya dalam industri teknologi digital.

Dengan rangkaian domestik Kennlines yang kukuh, kerjasama strategik ini akan menjadi wadah untuk Shoraka DV dalam menyediakan penyelesaian digital secara berkesan untuk memenuhi keperluan masyarakat Indonesia.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: