Selamat maju jaya Utusan, Kosmo!

Hari ini, Utusan Malaysia dan Kosmo! kembali diterbitkan semula.

Ia menjadi topik perbualan orang ramai, kepada pembaca setianya, ia menjadi sesuatu yang sangat dinantikan.

Hari ini, penantian itu terlerai sudah. Ucapan tahniah di sana sini, menteri, pemimpin dan ahli politik, artis, ahli sukan, tokoh perniagaan semua gembira dengan penerbitan semula Utusan dan Kosmo.

Ucapan oleh Khairy Jamaluddin tentang penerbitan semula Utusan dan Kosmo.

Dua akhbar ini tidak diterbitkan bermula pertengahan bulan Oktober tahun lalu selepas syarikat yang menaunginya pada waktu itu menutup operasi.

Kini sebuah syarikat lain, menerbitkan semula kedua-duanya bermula hari ini.

Namun tidak semua, bekas pekerja dari syarikat dahulu, diambil semula bekerja.

Majoritinya tidak.

Kami di Kliq News juga begitu, penggerak web dan page Kliq News merupakan sekumpulan wartawan lelaki di Utusan dan Kosmo.

Kami tidak dipanggil semula, ada yang tidak memohon pun, rezeki di tempat lain tetap ada.

Kami amat merindukan suasana semasa bekerja untuk dua akhbar ini, kadang kala semua kenangan itu terbawa ke dalam mimpi.

Hidup perlu di teruskan, kini Kliq News merupakan platform untuk kami melepaskan kerinduan untuk menulis.

Buat sahabat dan rakan di Utusan Malaysia dan Kosmo, berjuanglah, kami doakan kedua-dua akhbar ini maju dan berjaya.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: