TerkiniTragedi

Janda Baik dinaiki air, tanah runtuh di Jalan Lama KL-Genting Sempah

Beberapa kawasan di Janda Baik, Pahang telah dinaiki air dan banjir dalam kejadian awal pagi tadi dan perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Menurut beliau menerusi akaun Facebook miliknya, Jalan Lama Kuala Lumpur-Genting Sempah sebelum menaiki Janda Baik juga rosak teruk akibat berlakunya kejadian tanah runtuh.

“Awal pagi tadi saya telah mendapat panggilan yang memaklumkan Janda Baik dinaiki air. Saya kini berada di Janda Baik bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak bomba dengan kerjasama orang kampung di Kampung Sum Sum Hulu.

“Saya juga telah singgah melihat keadaan Jalan Lama KL – Genting Sempah yang rosak teruk akibat tanah dan batu-batu runtuh sebelum naik ke Janda Baik. Sebahagian jalan juga telah runtuh,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mahu ke Janda Baik supaya menangguhkan perjalanan mereka itu.

“Saya ingin menasihati kepada mereka yang ingin menaiki ke Janda Baik agar menangguhkan semula perjalanan kerana keadaan masih lagi berlumpur dan di penuhi batu-batu besar,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: