Analisis & Pendapat

Selamat tinggal 2020

Selepas ini, 2020 akan menjadi satu tahun yang akan disebut selalu, mungkin untuk tempoh yang lama ia akan terus disebut. Jika dibincang sejarah kehidupan manusia satu hari nanti, tahun 2020 pasti akan menjadi topik utama.

Bagi kebanyakan orang, 2020 sebolehnya tak mahu kerap dikenang, tahun yang banyak membawa kehilangan. Hilang orang tersayang, hilang pekerjaan.

Walau apapun, percayalah setiap kejadian dan perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, mungkin 2021 ini akan jadi permulaan manisnya hikmah berkenaan.

Kami pentadbir-pentadbir Kliq News juga begitu, 2020 menjadi tahun yang banyak ujiannya, ada yang sudah mendapat kerja baharu ada yang berusaha dan terus berusaha untuk mencari yang lebih baik untuk menyara keluarga.

2021 mungkin akan membawa sinar baharu dan Kliq News akan terus wujud, menjadi medium buat kami menghilangkan stress atau hilangkan gian menulis. InsyaAllah.

Selamat tinggal 2020, selamat datang 2021 moga-moga kehidupan kita semua diberkati.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: