Berita Am

Segera lantik belia sebagai Senator

Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap supaya pelantikan wakil belia dalam Dewan Negara seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dapat direalisasikan dengan segera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu berucap pada Sambutan Hari Belia Negara 2020, baru-baru ini. -Gambar/Majlis Belia Malaysia

Ketua Penerangan MBM, Wan Mohd Husni Abdullah berkata, langkah itu supaya setiap pelan dan perancangan dapat dirangka dengan lebih teliti.

Ketua Penerangan MBM, Wan Mohd Husni Abdullah.

“Sememangnya usaha MBM dalam mendekatkan golongan belia dengan Parlimen
Malaysia telah digerakkan sejak tahun lalu dengan mengadakan sesi lawatan rasmi serta penganjuran program Sekolah Politik.

“Ia bagi mendedahkan belia terutama di peringkat akar umbi tentang sistem berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang dilaksanakan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, menurut Wan Mohd Husni lagi, pengumuman yang dibuat sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020, membuktikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cakna mengenai kepentingan keberadaan golongan muda dalam menyampaikan idealisme mereka sebaris dengan golongan pembuat dasar lain.

Presiden MBM, Jufitri Joha.

“MBM menyifatkan pengumuman tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia mempunyai makna yang cukup besar bagi mereka yang bergelumang dalam arena belia tanah air.

“Ini menunjukkan kerajaan serius dalam usaha mengangkat martabat belia di negara ini sebagai golongan pelapis kepemimpinan masa hadapan.

“Belia juga secara langsung dapat menjadi ‘suara rasmi’ di Parlimen dan bersama-sama pemimpin negara membina negara ke arah lebih maju,” katanya.

Sehubungan dengan itu juga, menurut Wan Mohd Husni, seluruh kepemimpinan MBM sebulat suara memberi sokongan dalam mengusulkan kepada pihak kerajaan supaya Presiden MBM, Jufitri Joha dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: