Kesihatan

“Sediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja”

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meminta supaya pengusaha kedai makan di negeri itu untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang oleh pelanggan sahaja.

Ia selepas terdapat segelintir rakyat yang masih berkumpul di kedai makan di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Gambar yang tular di media sosial yang menunjukkan segelintir orang ramai yang menjamu selera di medan selera Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Malah beliau sendiri mendakwa melihat terdapat pelanggan yang masih menjamu selera di beberapa buah premis makanan pada sebelah pagi tadi walaupun arahan hanya membenarkan pelanggan membeli dan membawa pulang ke rumah.

“Pihak kedai makan, semua ada peranan masing-masing, hanya sediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja,” katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Tular di media sosial hari ini beberapa gambar orang ramai sedang berkumpul di medan selera di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu hari ini.

Gambar yang tular di media sosial hari ini yang menunjukkan segelintir orang ramai yang menjamu selera di medan selera Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Mengakui terkilan dengan apa yang berlaku, Ahmad Samsuri merayu penduduk Terengganu mengambil cakna berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuat kuasakan hari ini.

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya merayu penduduk Terengganu mengambil cakna mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang turut melarang mana-mana individu berkumpul serta makan di kedai,” katanya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: