Salun boleh ditutup tapi rambut akan terus mengembang

Isu berkaitan keperluan untuk membuka kedai gunting rambut semasa krisis penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja diperkatakan di Malaysia tetapi juga banyak negara lain.

Kameri menjalankan perkhidmatannya di kawasan luar rumah. – SUMBER GAMBAR AFP

Bagi seorang penggunting rambut di Kosovo, Driton Kameri, 33, salun miliknya juga ditutup sebagai langkah yang diambil untuk membendung penularan virus berkenaan.

Namun begitu, katanya, salun dan kedai gunting rambut boleh ditutup namun tiada siapa yang boleh menghalang untuk rambut terus tumbuh dan mengembang oleh itu ia perlu dipotong dengan teratur.

Sehubungan itu, demi faktor keterampilan dan supaya pelanggannya tidak memotong rambut mereka sendiri, Kameri menjalankan perkhidmatan menggungting rambut di rumah pelanggannya.

Bagi meminumkan risiko daripada dijangkiti COVID-19, Kameri memberitahu, perkhidmatannya itu hanya dilakukan di kawasan luar rumah.

Malah, ketika menjalankan perkhidmatannya itu, Kameri mesti memastikan dirinya dilengkapi dengan sarung tanya, topeng muka dan tangki penyembur penyahjangkitan.

Tangki penyembur disinfektan juga digunakan kepada pelanggan. – SUMBER GAMBAR AFP

“Saya tidak pergi ke mana-mana tanpa disinfektan, topeng muka dan sarung tangan saya. Sebelum saya memegang gunting dan sikat, saya akan disinfektan pelanggan saya sepenuhnya dari kepala hingga kaki, “katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: