Seekor rusa liar di Thailand ditemukan mati dengan tujuh kilogram sampah plastik di dalam perut haiwan tersebut.
Turut ditemukan dalam perut rusa berkenaan ialah seluar dalam serta bungkusan mi segera.
Pengarah Taman Negara Khun Sathan, Kriangsak Thanompun, plastik-plastik yang ditemukan itu merupakan salah satu punca kematian rusa berkenaan.
Rusa yang beratnya sekitar 200 kg dengan panjang 230 cm dan tinggi 135 cm itu mati kira-kira dua hari sebelum ditemukan.
Gambar Taman Negara Wilayah Phrae