Terkini

Ujang Mormin, veteran Perang Dunia Kedua meninggal dunia

Veteran tentera, Prebet Ujang Mormin meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada usia hampir 100 tahun hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Januari lalu dari Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan apabila dikesan dikesan positif Covid-19 selepas seorang pesakit lain di Unit Rawatan Rapi (ICU) dijangkiti virus sama.

Maklumat kematian Ujang diterima pada 5.45 petang hari ini dan disahkan Dr .Omar dari Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan urusan mandi, mengkafankan dan solat jenazah diaturkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital Sungai Buloh, dijangka 9 pagi esok.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Pusara RAMD Port Dickson untuk disemadikan dan urusan persediaan kubur serta liang lahad sudah diuruskan 15 RAMD.

Allahyarham pernah berjuang dalam batalion sama bersama dengan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang penjajah Jepun di Singapura.

 Dilahirkan pada 14 Jun 1921,Ujang  adalah antara anak Melayu terawal diserap ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1942.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: