Seni & Hiburan

Running Man raikan episod ke-500

Sejak episod pertama disiarkan pada 11 Julai 2010, rancangan ‘variety’ popular dari Korea Selatan, Running Man bakal meraikan kejayaan penting.

Ia apabila selepas ditayangkan hampir 10 tahun, episod ke-500 Running Man akan bersiaran esok.

Ia akan ditayangkan esok di Korea Selatan pada pukul 5 petang.

Kejayaan berkenaan akan menjadikan Running Man sebagai rancangan ‘variety’ paling lama sedang ditayangkan.

Malah ia juga menjadi rekod baharu kepada stesen rangkaian radio dan televisyen Korea Selatan, SBS.

Menurut portal soompi.com, bagi meraikan episod khas tersebut, ketua bagi SBS turut menghantar trak kopi ke lokasi pengambaran.

Ia bagi mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Running Man dan krew rancangan tersebut.

Sebuah trak kopi turut dihantar ke lokasi pengambaran bagi meraikan episod ke-500 Running Man.

Namun begitu, mengambil kira situasi semasa akibat pandemik COVID-19, kejayaan tersebut diraikan dalam situasi tenang.

Episod ke-500 itu menyaksikan perlumbaan khas di mana ahli-ahli Running Man akan melakukan misi untuk mendapatkan peluang menikmati pelbagai makanan enak.

Mereka turut akan disertai tetamu seperti ahli kumpulan A-Pink iaitu Bomi dan Chorong serta Weki Meki’s Choi Yoojung, Chungha dan Lovelysz’s Mijoo.-KLIQ NEWS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: