Ekonomi

RichWorks buat lompatan dari ketinggian 13,000 kaki

Memang gila! Ahli lembaga pengurusan tertinggi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) membuat terjunan udara dari ketinggian 13,000 kaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.

Tindakan berani dan ekstrem itu bersempena pelancaran program Berani Bina Bisnes Berjaya 2022 (BBBB2022) pada pukul 3 petang esok.

Lima orang pengurusan tertinggi RichWorks antaranya Pengerusi Eksekutif, Datuk Zafrol Rizal Mat; Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd. menyahut cabaran #BeraniChallenge tersebut.

Menurut Radz, terjunan tersebut merupakan simbolik kepada erti ‘berani’ buat kesemua mereka.

“Perasaan takut pasti ada, apatah lagi sebenarnya ‘gayat’ di tempat tinggi, bagaimanapun saya berdepan dan dapat mengatasinya.

“Saya dan rakan-rakan yakin dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar dalam soal terjunan udara lantas berserah kepada proses dari awal hingga kembali jejak ke bumi,” katanya.

Pasukan RichWorks ke UAE bagi mengunjungi Ekspo Dubai 2020 di samping mengadakan program Inner Circle Meeting Titan Premier bersama 46 orang usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Ikuti siaran langsung pelancaran dan menonton terjunan udara dari ketinggian 13,000 kaki di semua platform media sosial Azizan Osman Official pada pukul 3 petang, 3 Disember 2021.

Sementara itu, tambah Radz, terjunan itu juga menjadi penanda supaya RichWorks lebih berani untuk menempuh tahun 2022 yang pastinya mencabar dengan banyak lagi kejayaan.

“Terjunan ini sebenarnya sama seperti proses bina bisnes berjaya dengan percaya kepada pengajar atau mentor yang akan bimbing dan tunjuk perkara yang perlu dilakukan untuk selamat sampai ke destinasi.

“Alhamdulillah, kami sudah membantu lebih 1.5 juta orang sejak 2008 dan mahu bimbing lebih ramai orang lagi untuk ubah hidup mereka dan bina bisnes yang berjaya melalui kepakaran RichWorks,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk mengikuti siaran langsung pelancaran dan menonton terjunan tersebut di semua platform media sosial Azizan Osman Official pada pukul 3 petang, 3 Disember 2021.

Orang ramai berpeluang memenangi hadiah istimewa disediakan termasuk bercuti ke Dubai selama 5 hari 4 malam.

Layari laman web richworks.com/berani bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai BBBB2022 yang akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: