Berita Am

Reaksi chef terkenal ketika rasa buah paling berbau di dunia

Chef selebriti terkenal dunia, Gordon Ramsay mengalami kejutan besar ketika merakamkan rancangan memasak terbaharunya iaitu Uncharted yang menjalani pengambaran di Sumatera, Indonesia.

Gordon semasa pengambaran episod terbaharu rancangan yang disiarkan di saluran National Geographic Channel itu, telah mencuba merasa buah durian yang disifatkan sebagai buah paling berbau di dunia.

Sumber Twitter Gordon Ramsay

Menerusi klip video episod itu yang disiarkan di akaun media sosial Gordon, dia dilihat telah menggigit sedikit isi durian yang diketahuinya sebagai durian Sumatera.

Namun reaksinya selepas itu seperti tidak terkesan dengan keenakan raja buah itu.

Sumber Twitter Gordon Ramsay

Gordon menerusi klip video itu juga telah menghidu buah durian berkenaan dan dia kemudian telah menarik nafas dan seterusnya meneriak ‘oh tuhanku’ sambil menutup hidungnya dengan jari.

Seorang wanita dalam video itu terus menjelaskan, buah durian itu adalah berbeza dan ia merupakan Durian Sumatera.

“Berbeza, ini adalah Durian Sumatera. Ia berbeza, ini yang terbaik,” kata wanita itu.

Sumber Twitter Gordon Ramsay

Ketika buah durian itu dipotong, Gordon turut menyifatkan isi buah durian itu seperti ‘otak manusia’,.

Walau bagaimanapun Gordon akhirnya berjaya untuk menelan isi durian tersebut.

https://twitter.com/NatGeoChannel/status/1276162913527640066?s=19

Difahamkan, daripada 30 spesies durian yang dikenalpasti, hanya sembilan sahaja selamat di makan tetapi terdapat lebih daripada 400 jenis durian yang terkenal yang boleh didapati di seluruh Malaysia dan Thailand.-KLIQ NEWS

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: