Pengakhiran yang menyedihkan, Rayan meninggal dunia

Selepas lima hari terjatuh dan terperangkap di dalam lubang perigi sedalam 32 meter, kanak-kanak Maghribi, Rayan Oram telah dibawa keluar oleh pasukan penyelamat hari ini.

Berita yang pada awalnya disambut gembira seluruh dunia termasuk ribuan yang berada di lokasi kejadian bagaimanapun bertukar sedih apabila kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Ia susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Rayan Oram, 5 tahun

Operasi menyelamat Rayan dalam kejadian di Kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, telah bermula sejak petang Selasa lalu (waktu tempatan)

Rakaman pada hari Khamis menerusi kamera yang diturunkan ke dalam perigi menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki itu masih hidup dan sedar bagaimanapun tiada maklumat terkini mengenai keadaannya selepas itu.

Gambaran grafik operasi menyelamat Rayan.

Pasukan penyelamat difahamkan berusaha menyalurkan oksigen, makanan dan air kepada Rayan namun tidak jelas sama ada kanak-kanak itu boleh menggunakannya.

Keadaan campuran tanah berbatu dan berpasir di kawasan perigi itu memberi kesukaran kepada pasukan penyelamat untuk membuka telaga tersebut kerana terlalu berbahaya dan berisiko berlaku runtuhan tanah.

Anggota pertahanan awam menggunakan jentera penggali dan peralatan lain dalam usaha menyelamatkan Rayan- FOTO AFP

Sebaliknya, jentolak dan jentera penggali digunakan untuk menggali tanah di sebelah perigi tersebut.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika bapa kanak-kanak itu sedang membaiki pergi berkenaan sebelum kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalamnya.

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: