Politik & Kerajaan

PRU15: Hari mengundi ditetapkan 19 November

Seramai 21,173,638 pengundi layak berusia 18 tahun ke atas bakal menunaikan tanggunjawab mereka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 (Sabtu) sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi SPR,  Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh berkenaan turut meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.

Katanya, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022 (Sabtu) manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 15 November 2022 dipilih.

Dengan tarikh yang dinyatakan itu, tempoh berkempen bagi PRU15 adalah selama 14 hari.

Infografik tarikh-tarikh penting bagi PRU15 yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: