Kesihatan

COVID-19: Thailand ada ‘unsung heroes’

Seperti Malaysia, negara jiran, Thailand juga menunjukkan penurunan dalam bilangan pesakit baharu COVID-19.

Menurut portal Bangkok Post, Thailand hari ini mencatatkan 32 kes baharu COVID-19 dan tiada kematian.

Daripada jumlah kes tersebut, 28 kes positif dilaporkan berlaku di ibu negara, Bangkok.

Thailand setakat ini telah mencatatkan 47 kematian akibat COVID-19.

Sementara itu, dilaporkan juga, kejayaan kes positif pandemik yang semakin menurun di Thailand adalah juga dibantu oleh tugas berkesan yang dimainkan oleh para sukarelawan kesihatan desa di negara berkenaan.

Menurut wakil Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Sathit Pitutecha seperti yang dilaporkan portal pattayamail.com, beliau sangat gembira apabila jumlah pesakit baharu yang dijangkiti COVID-19, terus menurun.

Menurutnya, perkara berkenaan adalah hasil daripada proses pemeriksaan dan rawatan segera bagi kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, ia dibantu oleh kira-kira 1,040,000 sukarelawan kesihatan desa dan lebih dari 15,000 sukarelawan kesihatan Bangkok yang telah bekerja keras dengan bekerjasama para pegawai tempatan.

Ujarnya, kesemua mereka telah menjalankan tugas berkesan dengan bersama-sama mengetuk pintu hampir 12 juta isi rumah.

Ia dalam usaha mengulangi dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kepentingan penjarakkan sosial, memberikan pengetahuan dan maklumat mengenai tindakan pencegahan dan pemeriksaan diri.

Malah mereka juga efektif dengan mencari dan memasukkan 2,266 orang yang berisiko tinggi ke dalam sistem pemeriksaan dan rawatan.

Usaha pasukan sukarelawan kesihatan kampung itu juga turut diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pertubuhan dunia itu memuji peranan sukarelawan berkenaan dan ia wajar menjadi contoh kepada banyak negara lain.

WHO juga menganggap kumpulan sukarelawan kesihatan desa ini sebagai wira yang tidak didendang yang telah membantu memerangi wabak COVID-19 di Thailand.

Sumber artikel dan gambar daripada;

medhubnews.com

https://www.esandailyonline.com

https://www.khaosod.co.th/lifestyle/news_3726019

https://pr.moph.go.th

www.pattayamail.com

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: