Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan mengadakan perutusan khas petang ini.
Ia dijanga berkaitan dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.
Semalam, menurut New Straits Times (NST) Perdana Menteri telah dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari semalam.
Difahamkan, Ismail Sabri menghadap untuk mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen.