Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Di sini kami sertakan, ringkasan daripada perutusan oleh Perdana Menteri mengenai PKPP.
- Lebih banyak kelonggaran diberi kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian di samping terus mematuhi SOP.
- Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali kawasan yang diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
- Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat.
- Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis juga dibenarkan.
- Masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam.
- Aktiviti sukan bersentuhan seperti bolasepak, ragbi dan hoki juga masih tidak dibenarkan.
- Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan selaras tiada lagi sekatan rentas negeri.
- Sempadan negara masih ditutup.
- Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
- Solat jemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat, kelonggaran membenarkan lebih ramai jemaah hadir , masih lagi diperhalusi.
- Sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.
- Waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu.
- Penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka di tempat awam, dan membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
- Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah ramai, kenduri kendara, rumah terbuka masih dilarang.