PenternakanSains, Teknologi & Alam SekitarTerkini

Perniagaan katering terjejas, guna kanopi buat reban ayam, kambing

Seorang pengusaha perkhidmatan katering nekad menggunakan kanopi yang dimilikinya untuk dijadikan reban bagi penternakan kambing dan ayam.

Baharuddin Mohamed atau lebih dikenali sebagai Coach Bahar menerusi akaun Facebook miliknya berkongsikan ideanya menggunakan kanopi untuk membina reban ayam dan kambing selepas perniagaan kateringnya tidak boleh beroperasi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Reban ayam menggunakan kanopi yang sedang diusahakan oleh Baharuddin Moahmed. – https://www.facebook.com/baharuddin.mohamed

“Bisnes catering tak jalan. Tak ada orang tempah catering. Ingat canopy yang ada nak buat reban kambing je lah.

“Tak ada orang buat tak apa. Kita boleh cuba. Tengok nanti hasilnya. Kandang kambing pertama guna canopy,” katanya pada 26 Januari 2021 yang lalu.

BAHARUDDIN MOHAMED.

Tambah Baharuddin, dia membina reban kanopinya di dalam kebun tanaman cili dan terung yang diusahakannya dan ia telah menarik perhatian beberapa pihak termasuk polis yang menyangkakan dia ada mengadakan kenduri kahwin semasa PKP ketika ini.

“Ramai orang tanya kenapa saya pasang canopy kahwin dalam kebun. Siap ada polis datang ingat saya ada buat kerja kahwin. Saya jawab saya pasang canopy sebab nak bela ayam, Berkerut abam polis tu.

“Saya nak buat reban ayam bang. Sebelum ni canopy ni saya buat bisnes catering, Sejak tahun lepas bisnes catering tak jalan. Saya ada 40 set. Saya buat reban ayam le bang.

“Buat pemulaan saya bela untuk 5.000 ekor lepas tu abam polis tu banyak tanya. Dia pun berminat dengan idea saya. Tengok nanti bila dah siap, Korang boleh je datang,” katanya.

Menerusi hantaran Facebooknya semalam, Baharuddin berkata, kandang kambing kanopinya sudah 60 peratus siap dan dia akan membawa masuk kambing baka dorper dari Australia dalam masa terdekat.

Reban kambing menggunakan kanopi yang sudah 60 peratus siap.- https://www.facebook.com/baharuddin.mohamed

“Ramai yang singgah, pelbagai persepsi tentang projek kambing yang saya buat. Faktanya kandang kambing ini saya buat dengan apa yang saya ada, saya guna kanopi yang tak pakai sebab tak ada lagi majlis kahwin lepas Covid-19.

“Saya guna kayu ‘second hand’ buat lantai kambing. Saya juga hanya siapkan kandang ini seminggu sahaja. Kandang kambing ini adalah kandang kambing moden. Rebannya rendah memudahkan pengurusan memberi makan kambing tak perlu naik sampai ke atas,” katanya.

Reban kambing menggunakan kanopi yang dibina oleh Baharuddin Mohamed.- Gambar https://www.facebook.com/baharuddin.mohamed

Menurutnya, pengurusan najis kambing juga akan diurus dengan terkumpul sendiri dan diasingkan antara air kencing dan tahi kambing kerana keduanya akan dibuat baja untuk tanaman napier iaitu untuk makanan kambing.

“Saya tak tahu entah betul ke tidak apa saya buat. Saya fikir nak kurangkan kos dan cita-cita saya besar, saya bukan banyak sangat modal.

“Tak ada orang dan bank beri saya modal, saya tak mahu buat reban sampai pinjam bank. Beli kayu buat reban sampai 200 ribu, tapi kambingnya cuma dua ekor, macam mana nak cari untungnya,” katanya lagi.-KLIQ NEWS

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: