Pengeluaran i-Lestari dikredit bermula esok
Pengeluaran i-Lestari akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula esok sehingga 18 Mei 2020.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan, pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di ilestari.kwsp.gov.my
“Anda tidak perlu menelefon, tidak perlu e-mel malah tidak perlu ke cawangan!”, kata KWSP menerusi akaun media sosial rasmi hari ini.
Dalam pada itu, KWSP mengingatkan orang ramai untuk merancang perbelanjaan masing-masing dengan baik.
“Kami faham, menjelang musim perayaan ini kita akan cenderung untuk berbelanja namun apa pun, rancanglah perbelanjaan anda dengan baik, beli hanya yang perlu dan jangan lupa untuk mengasingkan amaun khas untuk kegunaan di masa hadapan.
“Ingat, bijak berbelanja, hidup sejahtera!,” katanya. – KLIQ NEWS.