EkonomiPendidikanTerkini

Kadar Rancangan Makanan Tambahan naik

Kerajaan menaikkan kadar pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Peningkatan tersebut menyaksikan kadar yang dahulunya RM2.50 bagi Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada RM3.50.

Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, kadar tersebut dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM4.00.

Menteri Kewangan berkata, kadar baharu tersebut akan bermula bulan ini dan akan memberi manfaat kepada seramai 813,393 murid penerima RMT.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam respon segeranya menyambut baik dan bersyukur dengan pengumuman berkenaan.

“Syukur Alhamudillah, usaha KPM untuk meningkatkan kadar RMT telah diluluskan dalam Bajet 2023,” katanya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: